Tuesday, May 26, 2009

Bukan ini yg dipinta


Assalamualaikum...


Waktu makan dengan kawan-kawan tadi, kat depan tu ada tv, so tengok la kan. Nak dijadikan cerita dalam rancangan tv tu ada sorang hamba Allah tu agak berisi. So, dengan serta merta kita terlepas kata contohnya, eee...gemuknya dia. Kita mengatakannya kerana itu apa yang kita lihat. Secara jujurnya terkeluar lah kata-kata tersebut. Tanpa kita telah sedari, kemungkinan kita telah mengecilkan hati seseorang.

Maksud saya di sini, bukan kita mengecilkan hati hamba Allah yang ada kat tv tu. Tapi adalah orang disekeliling kita. Kita tak sepatutnya menghina atau mengutuk kekurangan seseorang, saya pasti kekurangan yang ada adalah kekuatan sebenar seseorang itu.

Sebenarnya, susah juga kita nak menjaga segala percakapan dan tingkah laku ni. Apa pun kita kena sedar bahawa tiada siapa yang dilahirkan ingin mempunyai kekurangan pada dirinya. Kalau ditanya setiap orang pasti inginkan kesempurnaan. Tidak kiralah apa kekurangan atau kelemahan seseorang, masalah obesiti,kurang cantik,kurang kacak, masalah pembelajaran dan sebagainya.

Saya kagum dengan semangat beberapa orang artis yang kita sedia maklum, contohnya Dina. Dia berani menggayakan apa-apa jenis fesyen yang dirasakan sesuai dan yang penting adalah selesa. Dia mempunyai keyakinan diri. Begitu juga, Aizat yang berjaya menguruskan badan. Kemudiannya, rezeki yang diperolehi melimpah-ruah. Berkat kerja keras yang dilakukan.

Secara peribadi, saya akan cuba memperbaiki diri, menjaga percakapan dan tingkah laku. Kena jaga perasaaan org lain dan beri sokongan pada mereka. 

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!