Monday, September 07, 2009

Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum...


Bermulalah bulan ramadhan yang kita nantikan kedatangannya. Bulan yang penuh berkat.
Tapi sebagai seorang pelajar, puasa di u agak payah sedikit, mungkin sudah terbiasa disediakan makanan untuk berbuka atau bersahur apabila di rumah.

Bila di sini rasanya memenatkan dengan kelas yang dari pagi sampai ke petang kemudian fikir kena beli makanan berbuka lagi. Boleh jadi kalau ikut hati dah lama nak tinggalkan kelas-kelas yang ada. Baik duduk bilik diam-diam dan tido sepanjang hari.(ish..tak baik betol!). Tapi
lama-kelamaan keadaan itu dah jadi biasa dah. 
Tak terasa penat sangat bile puasa. Tak merungut dan rasa tak sabar nak beraya, nak main bunga api..(Macam bdk2 je kan.). Apa-apa pun benda negatif ni kena tolak jauh-jauh. Kuatkan semangat, tak boleh ikut hati dan gagahkan juga kaki ke kelas. Mungkin itulah ujian Allah pada saya.


Saya pasti orang lain akan menghadapi ujian,dugaan dan cabaran sepanjang bulan Ramadhan ini. Nak diikutkan sepanjang kita hidup, kita diuji dengan ujian tuhan. Apa yang perlu dilakukan positif, taqwa dan tawakkal. Walaupun ada orang yang lebih diuji dalam bulan Ramadhan ni tapi apa yang dilalui sedikit sebanyak ianya memberi sedikit ketahanan dalam mengharungi kehidupan. Semoga bulan Ramadhan ni membuatkan kita lebih dekat denganNya.. Insyaallah..


Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.







Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! +Azizi Ali, Jurulatih jutawan

Friday, July 10, 2009

Topi ajaib

kalau topi tu macam ni(atas)
mesti comei kan..



Assalamualaikum..


BEBERAPA penyelidik dari Universiti British Colombia telah berjaya menemui teknik yang boleh membantu otak mempercepatkan proses pembelajaran melalui penggunaan topi pemikir.Topi itu mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan mengingat melalui satu denyutan magnetik di bahagian belakang otak.


Penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Lara Boyd berkata, melalui teknik tersebut ia mampu meningkatkan kapasiti keupayaan seseorang untuk mengingat dan menyelesaikan masalah pembelajaran.

Beliau telah menguji 30 sukarelawan bagi mengesan sasaran di skrin komputer yang mengandungi titik merah dengan menggunakan kayu bedik.

Semasa uji kaji tersebut berjalan, sasaran akan bergerak secara rawak ketika memasuki satu pola terancang dan akhirnya kembali ke tempat asal, malah peserta tidak mengendahkan sesi ulangan uji kaji tersebut kerana mereka mempercayai bahawa pergerakan tersebut adalah adalah secara rawak.

Katanya, dalam uji kaji tersebut, semua peserta merasai rangsangan yang telah dibuat malah tiada perbezaan yang ketara.

Jelasnya, melalui kaedah ini ia boleh membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesukaran dalam pembelajaran.



*Artikel ni diambil dari Utusan Malaysia hari ni. Tertarik dengan artikel ni dimana mereka hasilkan topi yang boleh buat orang pandai,mudah belajar la senang cite. Agak-agak la kan..macam mane rupe topi tu kan?





Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Saturday, July 04, 2009

Redah..

Gambar hiasan semata-mata
Assalamualaikum...

Esok dah nak balik u semula selepas cuti seminggu,orang lain dok cuti 2 bulan,kami yang ada short sem terpaksa cuti sikit-sikit je. Tapi ada yang bagusnya juga, tak payah nak duduk lama-lama kat rumah sebab tak tahu nak buat apa kat rumah ni, menghabiskan beras je. Macam madam besar pula. Kalau nak update blog pun belum ada aktiviti plus idea-idea yang bernas untuk ditulis.

Okeh, kita cerita benda lain pula. Masa sebelum cuti hari tu ada terlibat dengan satu aktiviti pasal debat. Tak penah-penah nak masuk program boleh pula tergerak hati nak masuk. Ambik ko kelam kabut sikit, eh bukan sikit tapi banyak. Masa tu juga la ada kerja nak kena hantar. Assigment multimedia. Macam - macam benda jadi masa tu.

Bila diingat balik,saya dan seorang kawan ni dok satu bilik sepanjang aktiviti. Disebabkan kami ni malas sikit nak tunggu bas, nak naik bas dalam pukul 7 lebih. Kami datang tepat masa bas tu nak gerak. Kadang-kadang memang sengaja nak ditinggalkan bas sebab bas gerak awal sangat. Salahkan bas nie.hehe..Ada 2 ke 3 kali kami terpaksa jalan kaki dari hostel tu ke tempat yang sepatutnya kami pergi untuk aktiviti tu.Dah lah jauh dah macam pergi melawat satu u pula.

Disebabkan exercise yang tak dirancang tu,lemak- lemak dalam badan ni kiranya dah terbakar juga tanpa disedari.Ni namanya hikmah disebalik kejadian,cewahh.Kawan sorang tu agak steady juga(hehe..bangga die),kira dia boleh tahan lagi tapi saya..kaki ni macam nak tercabut je rasanya,penat.

Masa aktiviti tu juga,saya perlu meletakkan minuman masa vip berucap. Dalam hati memang tak nak lah. Takut ada, malu pun ada. Dalam hati bukan main lagi banyak membebel,kenapa aku pula padahal ramai kawan-kawan lain yang ada.Ish....

Saya rasa kawan-kawan saya memang sangat kenal saya ni jenis macam mana orangnya. Pemalu amat sangat,hehehe... Dah disuruh buat,saya pun beranikan diri, buat juga. Den redah apa pun. Tapi memang sempoi lah, boleh kea pakai selipar pergi atas pentas tu. Hah, sape suruh pilih aku.Tak tahu lah,orang ramai kat depan pentas tu nampak ke tidak ketidaksopanan yang telah berlaku. hahaha..bahasa bukan main. Kemudian,kena tegur dengan sorang budak lelaki ni,mungkin ajk program agaknya. Dia tegur kenapa tak tuangkan air tu. Dia tak tahu kea,yang saya dah lah jadi bidan terjun,mesti lah neves. Lagipun saya bukan terlibat bawah jawatankuasa pengurusan pentas pun. Ramai lagi yang dok bertenggek kat belakang pentas tu,dorang tue ahli yang uruskan hadiah dan sebagainya.

Tapi memang betul la, bila lepas tu rasanya tu tuhan nak tunjukkan kat saya. Saya perlu ada keyakinan diri walaupun tugas-tugas tu adalah kecil. Hmm..pengalaman mengajar kita.



Sunday, June 07, 2009

Character SP-Studio




Assalamualaikum...

Nak buat character cartoon yang comel dan poyo? Poyo tu cantik,hehehe.. Korang boleh buat kat laman web ni, http://sp-studio.de/index.htm Inilah hasilnya kalau terlalu banyak sangat masa terluang. 

First pic. cute boy yang nak pergi main basketball, kecik-kecik dah pandai main bola. Second pic. pula gegirl yang sangat comel dengan baju sekolah die yang sama dengan cerita cartoon Sailormoon. Dia tengah dok konfius nak pergi sekolah ke nak jaga kucing hitam kesayangan kat umah.

Cubalah,macam2 ada...Korang buat mesti lagi comel kan?




Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

Thursday, June 04, 2009

Sempoi

Assalamualaikum...

Balik dari kelas, rasa macam penat sangat-sangat. Tak tahu lah buat apa boleh sampai penat sangat. Mana ada buat apa-apa. Datang kelas sebab ada test yang hanya mampu ditiru sahaja. Mungkin itu yang penat kot,meniru mesti lah penat, nak kena tengok kanan, kena tengok kiri kalau ada lecturer kat belakang. Huh, jangan dibuat yea. Tak baik.

Masa buat test tu,lecturer yang paling sempoi in the world lah.Boleh breakfast depan kami semua. Masa kami sibuk menjawab, eh menjawab kea? Dia boleh makan,hehe...Sempoi giler. Dia tak tahu kea student dia tengah bekerjasama menjawab test tersebut? Tapi,mungkin dia nak student dia tahu apa itu keberkatan semasa menjawab apa-apa ujian atau peperiksaan,ceh.bersyarah pula.tapi betul sebenarnya result orang yang meniru tak boleh nak di bawa ke mana-mana. Hmm, pengalaman mungkin.

Sambung balik, boleh pula bersyarah. Bila dah habis test, dia sambung ajar sebab next week die tak ada. Kesian dia,dok mengajar tapi student tak dengar apa-apa yang dia ajar. Dok berborak memang ramai,(hehe,boring la sebab tu borak),tdo dan sewaktu dengannya. Tapi, saya suka personaliti lecturer ni,sempoi,baik,dia tak kisah apa orang cakap pasal dia. Lepas tu, dia jenis orang yang bijak tapi dia tak dapat nak terangkan betul-betul apa yang dia ajar, mungkin sebab saya berborak kot sebab tak paham-paham.

Hmm.tapi memang alhamdulillah.Dia tak ada minggu depan.So, boleh balik rumah.Minggu ni tak nak balik rumah sebab selalu sangat balik. Kena selang seli, baru adil dan saksama.

Semalam dok usha-usha blog orang. Ada sorang kawan tunjukkan satu blog ni. Blogger ni tulis pasal kisah cinta dia dalam blog tu. Memang kelakar baca blog tu. jiwang sangat la. Dia memang minat sastera kot. Sebenarnya, saya kenal penulis blog tersebut tapi tak sangka dia jenis jiwang karat. Mungkin sejak jumpa mr.right kot? Kira sempoi la juga sebab berani nak cerita cinta dia kat blog, tak kisah yang penting aku tak kacau orang,maybe dalam hati dia..Itu bagus kan.sempoi.





Tuesday, May 26, 2009

Bukan ini yg dipinta


Assalamualaikum...


Waktu makan dengan kawan-kawan tadi, kat depan tu ada tv, so tengok la kan. Nak dijadikan cerita dalam rancangan tv tu ada sorang hamba Allah tu agak berisi. So, dengan serta merta kita terlepas kata contohnya, eee...gemuknya dia. Kita mengatakannya kerana itu apa yang kita lihat. Secara jujurnya terkeluar lah kata-kata tersebut. Tanpa kita telah sedari, kemungkinan kita telah mengecilkan hati seseorang.

Maksud saya di sini, bukan kita mengecilkan hati hamba Allah yang ada kat tv tu. Tapi adalah orang disekeliling kita. Kita tak sepatutnya menghina atau mengutuk kekurangan seseorang, saya pasti kekurangan yang ada adalah kekuatan sebenar seseorang itu.

Sebenarnya, susah juga kita nak menjaga segala percakapan dan tingkah laku ni. Apa pun kita kena sedar bahawa tiada siapa yang dilahirkan ingin mempunyai kekurangan pada dirinya. Kalau ditanya setiap orang pasti inginkan kesempurnaan. Tidak kiralah apa kekurangan atau kelemahan seseorang, masalah obesiti,kurang cantik,kurang kacak, masalah pembelajaran dan sebagainya.

Saya kagum dengan semangat beberapa orang artis yang kita sedia maklum, contohnya Dina. Dia berani menggayakan apa-apa jenis fesyen yang dirasakan sesuai dan yang penting adalah selesa. Dia mempunyai keyakinan diri. Begitu juga, Aizat yang berjaya menguruskan badan. Kemudiannya, rezeki yang diperolehi melimpah-ruah. Berkat kerja keras yang dilakukan.

Secara peribadi, saya akan cuba memperbaiki diri, menjaga percakapan dan tingkah laku. Kena jaga perasaaan org lain dan beri sokongan pada mereka. 

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Sunday, May 24, 2009

Negatif

Assalamualaikum...

Hari nie hari ahad yang sangat bosan. Kenapa? 


1. Dah lama duduk terperuk dalam hostel sebab tak ada kelas,cuti. Cuti ada 5 hari  tak tahu nak habis kan macam mana.
2. Dok menghadap laptop je sepanjang hari sebab tak ada kerja lain. Laptop pun dah tak nak tengok muka ni.
3. Tak ada cite best nak tengok. Asyik ulang cite yang sama. Kalau ada pun tengok youtube, tapi tenet kat sini lsow kena tggu lama loading.
4. Apa lagi ye. Tak tahu dah.


So, dah dok dengan laptop tu, teringat la blog ni memang dah lama tak sentuh. Bila mula-mula tengok tu memang teruk la blog ni yang sangat jarang diupdate. Sebenarnya, banyak tak tahu pasal blog ni. Kena lah belajar kan.

Belajar dari blog orang lain adalah belajar juga.Tapi paling best kalau blog-blog tu ajar cara, tips macam mana nak buat blog. Seronok juga baca tips-tips ni.Sedikit sebanyak boleh la tambah ilmu.


Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Saturday, May 16, 2009

apo cite???

haluuuu...............
dekat tiga bulan dah tak tulis blog nie. Dah mls plak rsenye sibuk ngan study yg xtau la leh score ker tak...
Baru - baru nie kena pindah hostel..seksanya nak mengangkut barang sampai ke tingkat 3 tue..pastu esoknye ada kelas untuk short sem lagi. Tak ada rehat yang panjang lepas exam dalam dua mggu yang lepas..Huhu..sakit-sakit badan dah nie..
Ingatkan boleh enjoy-enjoy jugak short sem nie..tp..tengok gayanya macam banyak keje je lepas nie..Ntah la....Ya Allah, nape la hamba mu nie selalu merungut...Berilah hamba mu nie kekuatan untuk tempoh segala macam dugaan lepas nie
..

Thursday, February 26, 2009

i'm free.... just a minute...


yeah.... i'm free..........

selepas melalui satu minggu yang penuh dgn cabaran... Test, test n test...presentation lg...huhu... pnat den melalui semua nie...

Penat sgt hidup pnoh dgn ketensionan nie...Rase x selesa langsung..Sebenarnya, lpas nie ade jerk lg test n keje yg sewaktunya.. tp harap2 tak jadi cam mggu nie yang mana setiap hari ada je perkara yang memenatkan..

Blom lagi klas ganti la.. klas mlam huh......... tolong.... Ya Allah..

Kalo btoi2, sebenarnya, sendiri yang carik pasal wat assgment n study last minute.....Assgmnt belambak tp leh wat keje len lg... Salu nak tangguh n kalo keje group tu jgn harap nak wat dulu.. jd sleeping partner je la.. Harap kengkawan len yang wat...

Kalo sorang x mulakan, mesti yang len x gerak punye...

Siap ngadu ngan mak lagi.. cm ne mak wat nie???? huhu... Nasib baik sume tue dah berlalu..
Walau apapun dapat lah rehat sekejap.. Pasnie continue blik... Semangat!!!! Okay??? ok...

Nak tentukan arah kiblat???

Mse surf internet td, de jmpe pasal qiblat locator nie.. Qiblat locator merupakan sebuah laman web untuk tentukan arah kiblat, http://www.qiblalocator.com/

ok lah...cme taipkan nme tempat then dia akan cari arah kiblat tempat tue.. Cuma web tu tidak boleh kesan tempat yang lebih spesifik.. hehe... leh plak promote website nie...

Nie leh jadi blog cite pasal komputer n sewaktunye pas nie.. ok la tue...peace...

Thursday, February 19, 2009

Hidup Hanya Sementara..

huhu.. klisenye title tp sume de citenya.. Aritue de kwn tegur, kenapa budak nie(sye jgk) dah jadi main2 bile study.. bile mase plak main2... biasa je...pnas telinga sekejap bila dengar, huhu..

Tapi bile fikir balik apa yang dia ckp tu mgkin btol jgk.. Itu yang dia nampak kat diri seseorang tue.. Kita mane nampak diri kita sendiri..Perspektif orang pada diri kita..

Bila dah kena tgur, barulah tertanya-tanya, btolkee aku nie jenis memain je???? Pastue baru btol kan blik langkah yang dh sumbang..Mula dari bwh, tak nak le sampai org tgur sampai cam tue, malu.....

So, bermula le.. Nak study betul- betul.. Hidup hanya sementara... De kaitan ke???
Kalau tak ubah perangai sekarang..dah tentunya akan datang akan lebih kurang sama saja..

Kalo t'lebih enjoy ckit...mula le ingat tagline nie "Hidup hanya sementara" Mmg le kalo wat pe2 bile pikir hidup nie cume sementara, rasanya nak enjoy je sepanjang hari.. takot sok2 dah tak leh enjoy.. Tp dari satu sisi yang lain, adakah kita dah bersiap sedia untuk bertemu dengan Nya.. Cukupkah amalan kita wat selama nie.. So, bile dah pikr cam tue pe lagi...Insaf sekejap,huhu..

Insaf mne leh sekejap2 pela...Kalo dah insaf, mne leh wat perkara yang salah tue lg..
Misalnya, dah insaf nak study betol- betol tp..... byk alasannya akan datang lpas tue..

Ok la, dh ngarut je... Chaow..

Saturday, January 24, 2009

Celebrate besday...




Post ni patutnye dh di send... sbbnya cite ni dh agak lama disimpan, hehe... Besday.. besday & besday.... Tp besday cake sape plak kat atas nie??? Yg first (bwh), besday cake mse kat umah...2nd&3rd tu mse kat asrama@perwira.

Sebenarnya, dh rancang nak sambut besday housemate semua sekali.... Boleh nak sambut sbb besday sume dekat2, sume bulan 12. Housemate ade 4 org pastu org yg tulis ni msk sekali la.. so jd 5 org.. huhu... dah tue dah...

Cbe tgk 3rd pic. lilin ade 5 mewakili kteorg 5 org la.... simbolik la kononnya, saya yg nk 5 lilin psl simbolik pye pasal le tp dorg x kesah ..hehehe... Harap2 pasni still leh celebrate ngan dorang lg & ape2 yg kteorg impikan tercapai hendaknya..

Thursday, January 22, 2009

Tragedi balik rumah nenek

KOTA TINGGI: Seorang remaja tidak menyangka perjalanan pulang ke rumah nenek berakhir dengan kemalangan yang meragut nyawa ibunya apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu bapanya terlanggar seekor babi hutan seberat 80 kilogram di Kilometer 43 Jalan Sengai Rengit-Kota Tinggi, malam kelmarin.

Mangsa, seorang suri rumah, Razimah Laintang, 34, dipercayai mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala suami dan anak-anaknya cedera ringan.

Dalam tragedi kira-kira 8 malam itu, mangsa tujuh sekeluarga dalam perjalanan dari Kluang ke Semencu di sini apabila Toyota Land Cruiser yang dinaiki mereka terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan raya secara tiba-tiba.

Haiwan liar itu terseret menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum terlanggar sebatang pokok sawit dan berpusing serta jatuh ke gaung.

Difahamkan, Allahyarham Razimah yang duduk di sebelah pemandu tercampak keluar dari kenderaan itu

Mengimbas semula kejadian itu, anak sulung mangsa, Muhammad Nasharuddin Muslim, 14, berkata dia yang menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Semencu, tinggal bersama neneknya di Felda Semencu sejak awal tahun lalu.

“Biasanya sejak awal tahun lalu lagi, pada setiap cuti hujung minggu saya pergi dan balik sendiri menaiki bas ke rumah ibu bapa di Kluang. Petang semalam (kelmarin) ibu bapa saya mahu menghantar saya ke rumah nenek,” katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini semalam.

Katanya, ketika kemalangan dia tidur, tetapi terjaga apabila kenderaan yang dipandu ayah hilang kawalan dan berpusing sebelum terjatuh ke gaung.

“Tidak banyak saya dapat ingat sebab semuanya berlaku terlalu pantas. Apa yang saya ingat lagi hanya orang ramai tolong hantar kami ke hospital,” katanya yang calar di muka dan terseliuh kaki.

Nenek Nasharuddin, Mariamah Mohamad, 56, berkata pada malam kejadian dia menunggu Nasharuddin dan keluarganya yang dijangka sampai malam.

“Saya bersiap sedia membuka lampu di luar dan sudah kemas bilik tidurnya. Saya tertanya-tanya dalam hati kenapa mereka lambat sampai, selepas itu ada orang maklumkan mengenai kemalangan itu,” katanya yang sempat ke tempat kejadian kira-kira 10 kilometer dari
Felda Semencu.

Petugas kren penunda yang dikenali sebagai Bob berkata, dia mengambil masa lebih satu jam untuk menarik naik pacuan empat roda berkenaan dari dalam gaung sedalam empat meter itu sebelum menghantar kenderaan ke Balai Trafik di Jalan Omar di sini.

“Ramai orang tempatan mengadu di kawasan kejadian yang terdapat pokok sawit dan berlurah itu babi hutan kerap melintas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu berlaku kira-kira 8.30 malam di Kilometer 43, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi antara kawasan Felda Air Tawar 5 dan Felda Semencu di sini.

Beliau berkata,
suami mangsa, Muslim Drany, 39, mengalami kecederaan dan menerima jahitan di dahi manakala lima anaknya berusia antara enam hingga 14 tahun cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar, manakala anak keempat mangsa yang berusia lapan tahun dimasukkan ke wad pediatrik kerana cedera di kaki kiri, tetapi mangsa dibenarkan pulang semalam.

Jenazah Razimah dituntut ahli keluarganya jam 10 pagi semalam selepas urusan bedah siasat di HKT sebelum dikebumikan di Felda Semencu.


Artikel nie di ambil dalam Harian Metro, 20 Januari 2009. Sebenarnya, Allahyarham Razimah adalah sepupu saya. Dia telah meninggal dunia pada hari Ahad lepas,18 hb.

Ari Ahad malam tue, mase tu tgh tgk Juara Lagu... dpt call dari mak. Dengar suara mcm de benda tak kena. Ntah la waktu tu cuma takut2 de benda buruk berlaku kat dlm keluarga...
Ya Allah... kak Zai(sepupu)& family accident..

Biasanye, kalo pggl arwah.. pggl kak Zai je, dia agak baik dengan keluarga. Mmg tak sangka, selama nie salu nmpk dia lyn karenah ank2 dia, kalo ari raya tu dtg je umah mak die, Kak Zai sekelurga mmg dah ade kat c2, kumpul ramai2 dgn adik- beradik yg len . Pastu dia salu singgah kat umah sbb umah saya nie t'letak kat jalan pegi balik umah die. So, mmg la salu singgah, sembahyang, jumpa mak ngan ayah.Saya hormat kat dia dah mcm akak sendiri, lgpon akak pon mmg baik dgn arwah sejak kecik lagi.

Allah mgkin lebih sygkannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Allah menempatkan dia dikalangan org2 yg beriman....Amin.

Friday, January 16, 2009

Auto Show- Cantik ke???

Mungkin dah agak lama saya tinggalkan blog nie, tak de cite yang menarik mungkin berlaku dalam hidup nie untuk ditulis dan sedikit sibuk sebab awal2 tahun nie sem.2 dah bermula..Rasa rindu jugak untuk menulis w'laupun tahu bukannya ramai pelawat kat blog nie..Hehe..

Ok lah..Sehari sblom gi mawi kahwin, ada gi auto show, apa tu??? mula- mula dulu tak tahu langsung pasal benda alah nie.Sekarang tahu ckit2 pun sebab abang yang minat gaban pasal auto show nie. Auto Show ni kirenya pameran kereta yang dah diubahsuai lah,ceh mcm tau je.

Aritue auto show wat kat Kulai, kat sebelah Mc D. Siap ada pertandingan model2 lagi tapi kebanyakan nya orang cina la yang masok pertandingan nie, ntah pe2 je. Sexy sgt.. pastu t'perasan pulak de melayu yang masok. Lagi sexy mengalahkan amoi2 pulak. Hish.xtau la.
Pe2 je la... lagipon dtg situ bukan nak tgk model2 tu pon.

Mcm2 ubahsuai dorang wat kat kereta dorang .. Kat bonet kereta mmg speaker sume besar2 pastu mcm futuristik la pulak... Pastu tak cukup dgn tu, de pulak tampal LV kat kereta, dah la kereta nya colour hitam..Lawa, smart je nmpak mcm kereta VIP.Tgk la picturenya... Abg yang amik gmbr kereta2 tu. Dia kata dia pon nak masok .. hehe.. yeke???

Cuaca mse tu punye lah panas terik.. Mmg x tahan, tgk sekejap je la jwb nya.. Balik la taib andak sbb mmg stay situ untk 1-2 ari.Tp abg still nak dtg lagi mlmnya sebab de pe ntah.. X tau nme nye pe.. yg pnting competition pasal kereta jgk. Yang bukak speaker kuat2 mcm bunyi bom meletop tu..X tau la...Ntah..