Sunday, December 28, 2008

ME- Mawi & Ekin

28hb... penuh dengan kenangan manis sebab berkesempatan menjejakkan kaki ke F)Taib Andak. Dah menunggu sekian lama untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan mawi kita yang sorang ni....

Walaupun tak dapat melihat Mawi dari dekat tapi dapat hadir kat situ dah kira best dah bagi saya. Yang pelik nya selama ni punya la malas nk ambik gambar sesape.. ni pasal mawi boleh pulak ambik gambar sendiri pegi bersesak ngan orang....Entahlah mungkin jakun sikit tak penah jumpe artis sebelum nie.

Empat keping gmbr yg leh upload, yang lain tuwat simpan sendiri je la. Lagipun kat surat khabar dh byk gmbr dia. Gmbr2 ni gne kamera anset je tapi boleh la wat kenangan...


Friday, December 26, 2008

Best la lagu ni


KETIKA CINTA

Ada tiada rasa dalam jiwa

Rindu akan memanggil Mu

Karna setia jiwa t'lah bersumpah

Setia hanyalah kepadaMu

Bila cinta ada di dalam jiwa

Wangi bunga dunia tanpa nestapa

Segala yang dirasa hanyalah Dia

Hati kan memuja hanya pada Nya

Ketika cinta memanggil

Gementar tubuhku

Ketika cinta memanggil

Hangatnya nafasku

Ketika cinta memanggil

Menderu sang rindu

Ketika cinta memanggil

Rindu..rindu.. rindu qalbu

Memanggil -manggil nama Mu

Seperti terbang di langit Mu

Tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur qalbu yang rindu

Melebur menjadi satu

Bagai menari diiringi pelangi

Ketika cinta memanggil



Lagu Ketika Cinta ni sebenarnya sebelum ni dinyanyikan Opick. Opick ni lagu dia saya jarang dengar cuma ada satu tu tajuk dia, Alhamdulillah.(Opick ft Amanda) Lagu Ketika Cinta ni dijadikan lagu tema untuk filem Perempuan Berkalong Sorban yangmana sebuah filem Indonesia.





Lentera Timur - album baru siti


Hari tu ada kawan tanya Siti Nurhaliza ni ranking nombor berape dalam carian Yahoo sebab ari tu ada post pasal Britney ni jadi ratu carian kat Yahoo.. Ha...Rasanya dah lama jugak keluar resultnya....Malaysia Top Searches 2008 tapi tak ada kesempatan nak tulis.
N0 1- Anwar Ibrahim
No2- Pakatan Rakyat
No3- RPK
No4- Lee Chong Wei
No5- SITI NURHALIZA (ok la tu...)

Apa- apa pun, dia tetap no 1 kat kategori artist.. hehe
26 hb ni, album baru dia keluar. Sume lagu best2..

Tuesday, December 16, 2008

Adi Putra


Adi Putra.. sape yang tak kenal dengan Adi ni kat Malaysia. Budak genius matematik yang kita tahu la tapi sebenarnya macam- macam jenis ilmu pengetahuan yang dia tahu selain matematik. Yang saya tahu dia ni pandai jugak dalam fizik,angkasa lepas dan lain-lain lagi.

Kalau nak tengok kehebatan adik Adi ni leh tengok kat laman web uthm masa dia datang kat situ, http://www.uthm.edu.my/Kat bahagian kanan web tu de terpampang UCiTV kemudian klik.
-UCiTV2 internet
-more latest media, Bersama Adi Putra.

Dia de deklamasikan sajak yang bertajuk Akulah Adi Putra

Akulah Adi Putra
Melayu tidak pernah lupa
Duduk di tahun satu
Rasanya terseksa
Tiada siapa peduli
Tetapi aku bisa bezakan
Ilmu Allah bagi dan ilmu yang diajar guru
Bermula dengan Abc 123 alif ba ta
...............
Kalau nk tahu selebihnya leh tengok sendiri kat laman web tu

Sunday, December 07, 2008

Tragedi Disember



Tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam di Bukit Antarabangsa memang agak menakutkan mana tak nya 14 buah rumah banglo musnah akibat tanah runtuh itu. Malahan ada yang terbunuh... Kuasa Tuhan, kalau Allah nak benda tu terjadi, maka jadi lah kan.. Mungkin kita kat bumi Allah ni tak belajar dari kejadian-kejadian yang dah berlaku di sekeliling kita sebelum ni.

Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri...



Semalam jugak,Shah Rukh Khan(SRK) datang kat Malaysia untuk terima Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM) yang membawa gelaran Datuk.... SRK ni siap janji yang akan datang balik Melaka untuk penggambaran filem baru, pastu nak bina studio filem tertutup kat melaka....Mintak2 apa yang dijanji tak habis kat situ je.Datang lah Malaysia lagi buat filem kat sini.


Sememangnya, dua perkara ini memang mempunyai sejarah tersendiri, yang satu adalah kenangan indah manakala yang satu lagi adalah kenangan pahit yang akan kita ingat sampai bila-bila.... Apa-pa pun Selamat Hari Raya Aidiladha.

Friday, December 05, 2008

Ratu Carian Yahoo


Siapa ratu carian Yahoo ye?? Sape lagi kalau bukan Britney Spears. Pengguna Yahoo seluruh dunia telah membuat banyak carian tentang Britney Spears yang merupakan bintang pop dunia itu, malahan ia selama tujuh hingga lapan tahun. Berita ini saya peroleh daripada surat khabar baru-baru ini. Siapa yang tak kenal Britney ni ... Banyak benda yang dilaluinya sepanjang kehidupan dia sebagai penyanyi popular.


Britney telah mengalahkan Barack Obama yang merupakan bakal presiden Amerika Syarikat.Wa... hebat jugak dia ni. Miley Cyrus pula berada di belakang Obama. Miley ni berlakon Hannah Montana, satu siri tv yang popular sekarang ini. saya pernah la tengok cite Hannah Montana, best la jugak.Lepas tu, perempuan yg paling berpengaruh jatuh kepada...Angelina Jolie. Ok la tu...

Wednesday, December 03, 2008

Pesanan Al-Sahrawardi

Al-Sahrawardi,seorang yg bijaksana berpesan kepada anaknya, antara pesanannya ialah:
  • Tiadalah kemiskinan yg lebih dashyat daripada kemiskinan
  • Tiadalah kejahatan yg lebih dahsyat daripada dusta
  • Tiadalah kekayaan yg lebih besar nilainya daripada ilmu
  • Tiadalah bukti yg lebih terang daripada mati
  • Tiadalah teman yg lebih cekap daripada akal

Sama-sama kita renungkannya......