Monday, September 07, 2009

Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum...


Bermulalah bulan ramadhan yang kita nantikan kedatangannya. Bulan yang penuh berkat.
Tapi sebagai seorang pelajar, puasa di u agak payah sedikit, mungkin sudah terbiasa disediakan makanan untuk berbuka atau bersahur apabila di rumah.

Bila di sini rasanya memenatkan dengan kelas yang dari pagi sampai ke petang kemudian fikir kena beli makanan berbuka lagi. Boleh jadi kalau ikut hati dah lama nak tinggalkan kelas-kelas yang ada. Baik duduk bilik diam-diam dan tido sepanjang hari.(ish..tak baik betol!). Tapi
lama-kelamaan keadaan itu dah jadi biasa dah. 
Tak terasa penat sangat bile puasa. Tak merungut dan rasa tak sabar nak beraya, nak main bunga api..(Macam bdk2 je kan.). Apa-apa pun benda negatif ni kena tolak jauh-jauh. Kuatkan semangat, tak boleh ikut hati dan gagahkan juga kaki ke kelas. Mungkin itulah ujian Allah pada saya.


Saya pasti orang lain akan menghadapi ujian,dugaan dan cabaran sepanjang bulan Ramadhan ini. Nak diikutkan sepanjang kita hidup, kita diuji dengan ujian tuhan. Apa yang perlu dilakukan positif, taqwa dan tawakkal. Walaupun ada orang yang lebih diuji dalam bulan Ramadhan ni tapi apa yang dilalui sedikit sebanyak ianya memberi sedikit ketahanan dalam mengharungi kehidupan. Semoga bulan Ramadhan ni membuatkan kita lebih dekat denganNya.. Insyaallah..


Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.







Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! +Azizi Ali, Jurulatih jutawan