Friday, July 10, 2009

Topi ajaib

kalau topi tu macam ni(atas)
mesti comei kan..



Assalamualaikum..


BEBERAPA penyelidik dari Universiti British Colombia telah berjaya menemui teknik yang boleh membantu otak mempercepatkan proses pembelajaran melalui penggunaan topi pemikir.Topi itu mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan mengingat melalui satu denyutan magnetik di bahagian belakang otak.


Penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Lara Boyd berkata, melalui teknik tersebut ia mampu meningkatkan kapasiti keupayaan seseorang untuk mengingat dan menyelesaikan masalah pembelajaran.

Beliau telah menguji 30 sukarelawan bagi mengesan sasaran di skrin komputer yang mengandungi titik merah dengan menggunakan kayu bedik.

Semasa uji kaji tersebut berjalan, sasaran akan bergerak secara rawak ketika memasuki satu pola terancang dan akhirnya kembali ke tempat asal, malah peserta tidak mengendahkan sesi ulangan uji kaji tersebut kerana mereka mempercayai bahawa pergerakan tersebut adalah adalah secara rawak.

Katanya, dalam uji kaji tersebut, semua peserta merasai rangsangan yang telah dibuat malah tiada perbezaan yang ketara.

Jelasnya, melalui kaedah ini ia boleh membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesukaran dalam pembelajaran.



*Artikel ni diambil dari Utusan Malaysia hari ni. Tertarik dengan artikel ni dimana mereka hasilkan topi yang boleh buat orang pandai,mudah belajar la senang cite. Agak-agak la kan..macam mane rupe topi tu kan?





Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Saturday, July 04, 2009

Redah..

Gambar hiasan semata-mata
Assalamualaikum...

Esok dah nak balik u semula selepas cuti seminggu,orang lain dok cuti 2 bulan,kami yang ada short sem terpaksa cuti sikit-sikit je. Tapi ada yang bagusnya juga, tak payah nak duduk lama-lama kat rumah sebab tak tahu nak buat apa kat rumah ni, menghabiskan beras je. Macam madam besar pula. Kalau nak update blog pun belum ada aktiviti plus idea-idea yang bernas untuk ditulis.

Okeh, kita cerita benda lain pula. Masa sebelum cuti hari tu ada terlibat dengan satu aktiviti pasal debat. Tak penah-penah nak masuk program boleh pula tergerak hati nak masuk. Ambik ko kelam kabut sikit, eh bukan sikit tapi banyak. Masa tu juga la ada kerja nak kena hantar. Assigment multimedia. Macam - macam benda jadi masa tu.

Bila diingat balik,saya dan seorang kawan ni dok satu bilik sepanjang aktiviti. Disebabkan kami ni malas sikit nak tunggu bas, nak naik bas dalam pukul 7 lebih. Kami datang tepat masa bas tu nak gerak. Kadang-kadang memang sengaja nak ditinggalkan bas sebab bas gerak awal sangat. Salahkan bas nie.hehe..Ada 2 ke 3 kali kami terpaksa jalan kaki dari hostel tu ke tempat yang sepatutnya kami pergi untuk aktiviti tu.Dah lah jauh dah macam pergi melawat satu u pula.

Disebabkan exercise yang tak dirancang tu,lemak- lemak dalam badan ni kiranya dah terbakar juga tanpa disedari.Ni namanya hikmah disebalik kejadian,cewahh.Kawan sorang tu agak steady juga(hehe..bangga die),kira dia boleh tahan lagi tapi saya..kaki ni macam nak tercabut je rasanya,penat.

Masa aktiviti tu juga,saya perlu meletakkan minuman masa vip berucap. Dalam hati memang tak nak lah. Takut ada, malu pun ada. Dalam hati bukan main lagi banyak membebel,kenapa aku pula padahal ramai kawan-kawan lain yang ada.Ish....

Saya rasa kawan-kawan saya memang sangat kenal saya ni jenis macam mana orangnya. Pemalu amat sangat,hehehe... Dah disuruh buat,saya pun beranikan diri, buat juga. Den redah apa pun. Tapi memang sempoi lah, boleh kea pakai selipar pergi atas pentas tu. Hah, sape suruh pilih aku.Tak tahu lah,orang ramai kat depan pentas tu nampak ke tidak ketidaksopanan yang telah berlaku. hahaha..bahasa bukan main. Kemudian,kena tegur dengan sorang budak lelaki ni,mungkin ajk program agaknya. Dia tegur kenapa tak tuangkan air tu. Dia tak tahu kea,yang saya dah lah jadi bidan terjun,mesti lah neves. Lagipun saya bukan terlibat bawah jawatankuasa pengurusan pentas pun. Ramai lagi yang dok bertenggek kat belakang pentas tu,dorang tue ahli yang uruskan hadiah dan sebagainya.

Tapi memang betul la, bila lepas tu rasanya tu tuhan nak tunjukkan kat saya. Saya perlu ada keyakinan diri walaupun tugas-tugas tu adalah kecil. Hmm..pengalaman mengajar kita.