Sunday, June 07, 2009

Character SP-Studio




Assalamualaikum...

Nak buat character cartoon yang comel dan poyo? Poyo tu cantik,hehehe.. Korang boleh buat kat laman web ni, http://sp-studio.de/index.htm Inilah hasilnya kalau terlalu banyak sangat masa terluang. 

First pic. cute boy yang nak pergi main basketball, kecik-kecik dah pandai main bola. Second pic. pula gegirl yang sangat comel dengan baju sekolah die yang sama dengan cerita cartoon Sailormoon. Dia tengah dok konfius nak pergi sekolah ke nak jaga kucing hitam kesayangan kat umah.

Cubalah,macam2 ada...Korang buat mesti lagi comel kan?




Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

Thursday, June 04, 2009

Sempoi

Assalamualaikum...

Balik dari kelas, rasa macam penat sangat-sangat. Tak tahu lah buat apa boleh sampai penat sangat. Mana ada buat apa-apa. Datang kelas sebab ada test yang hanya mampu ditiru sahaja. Mungkin itu yang penat kot,meniru mesti lah penat, nak kena tengok kanan, kena tengok kiri kalau ada lecturer kat belakang. Huh, jangan dibuat yea. Tak baik.

Masa buat test tu,lecturer yang paling sempoi in the world lah.Boleh breakfast depan kami semua. Masa kami sibuk menjawab, eh menjawab kea? Dia boleh makan,hehe...Sempoi giler. Dia tak tahu kea student dia tengah bekerjasama menjawab test tersebut? Tapi,mungkin dia nak student dia tahu apa itu keberkatan semasa menjawab apa-apa ujian atau peperiksaan,ceh.bersyarah pula.tapi betul sebenarnya result orang yang meniru tak boleh nak di bawa ke mana-mana. Hmm, pengalaman mungkin.

Sambung balik, boleh pula bersyarah. Bila dah habis test, dia sambung ajar sebab next week die tak ada. Kesian dia,dok mengajar tapi student tak dengar apa-apa yang dia ajar. Dok berborak memang ramai,(hehe,boring la sebab tu borak),tdo dan sewaktu dengannya. Tapi, saya suka personaliti lecturer ni,sempoi,baik,dia tak kisah apa orang cakap pasal dia. Lepas tu, dia jenis orang yang bijak tapi dia tak dapat nak terangkan betul-betul apa yang dia ajar, mungkin sebab saya berborak kot sebab tak paham-paham.

Hmm.tapi memang alhamdulillah.Dia tak ada minggu depan.So, boleh balik rumah.Minggu ni tak nak balik rumah sebab selalu sangat balik. Kena selang seli, baru adil dan saksama.

Semalam dok usha-usha blog orang. Ada sorang kawan tunjukkan satu blog ni. Blogger ni tulis pasal kisah cinta dia dalam blog tu. Memang kelakar baca blog tu. jiwang sangat la. Dia memang minat sastera kot. Sebenarnya, saya kenal penulis blog tersebut tapi tak sangka dia jenis jiwang karat. Mungkin sejak jumpa mr.right kot? Kira sempoi la juga sebab berani nak cerita cinta dia kat blog, tak kisah yang penting aku tak kacau orang,maybe dalam hati dia..Itu bagus kan.sempoi.