Saturday, January 24, 2009

Celebrate besday...




Post ni patutnye dh di send... sbbnya cite ni dh agak lama disimpan, hehe... Besday.. besday & besday.... Tp besday cake sape plak kat atas nie??? Yg first (bwh), besday cake mse kat umah...2nd&3rd tu mse kat asrama@perwira.

Sebenarnya, dh rancang nak sambut besday housemate semua sekali.... Boleh nak sambut sbb besday sume dekat2, sume bulan 12. Housemate ade 4 org pastu org yg tulis ni msk sekali la.. so jd 5 org.. huhu... dah tue dah...

Cbe tgk 3rd pic. lilin ade 5 mewakili kteorg 5 org la.... simbolik la kononnya, saya yg nk 5 lilin psl simbolik pye pasal le tp dorg x kesah ..hehehe... Harap2 pasni still leh celebrate ngan dorang lg & ape2 yg kteorg impikan tercapai hendaknya..

Thursday, January 22, 2009

Tragedi balik rumah nenek

KOTA TINGGI: Seorang remaja tidak menyangka perjalanan pulang ke rumah nenek berakhir dengan kemalangan yang meragut nyawa ibunya apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu bapanya terlanggar seekor babi hutan seberat 80 kilogram di Kilometer 43 Jalan Sengai Rengit-Kota Tinggi, malam kelmarin.

Mangsa, seorang suri rumah, Razimah Laintang, 34, dipercayai mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala suami dan anak-anaknya cedera ringan.

Dalam tragedi kira-kira 8 malam itu, mangsa tujuh sekeluarga dalam perjalanan dari Kluang ke Semencu di sini apabila Toyota Land Cruiser yang dinaiki mereka terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan raya secara tiba-tiba.

Haiwan liar itu terseret menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum terlanggar sebatang pokok sawit dan berpusing serta jatuh ke gaung.

Difahamkan, Allahyarham Razimah yang duduk di sebelah pemandu tercampak keluar dari kenderaan itu

Mengimbas semula kejadian itu, anak sulung mangsa, Muhammad Nasharuddin Muslim, 14, berkata dia yang menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Semencu, tinggal bersama neneknya di Felda Semencu sejak awal tahun lalu.

“Biasanya sejak awal tahun lalu lagi, pada setiap cuti hujung minggu saya pergi dan balik sendiri menaiki bas ke rumah ibu bapa di Kluang. Petang semalam (kelmarin) ibu bapa saya mahu menghantar saya ke rumah nenek,” katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini semalam.

Katanya, ketika kemalangan dia tidur, tetapi terjaga apabila kenderaan yang dipandu ayah hilang kawalan dan berpusing sebelum terjatuh ke gaung.

“Tidak banyak saya dapat ingat sebab semuanya berlaku terlalu pantas. Apa yang saya ingat lagi hanya orang ramai tolong hantar kami ke hospital,” katanya yang calar di muka dan terseliuh kaki.

Nenek Nasharuddin, Mariamah Mohamad, 56, berkata pada malam kejadian dia menunggu Nasharuddin dan keluarganya yang dijangka sampai malam.

“Saya bersiap sedia membuka lampu di luar dan sudah kemas bilik tidurnya. Saya tertanya-tanya dalam hati kenapa mereka lambat sampai, selepas itu ada orang maklumkan mengenai kemalangan itu,” katanya yang sempat ke tempat kejadian kira-kira 10 kilometer dari
Felda Semencu.

Petugas kren penunda yang dikenali sebagai Bob berkata, dia mengambil masa lebih satu jam untuk menarik naik pacuan empat roda berkenaan dari dalam gaung sedalam empat meter itu sebelum menghantar kenderaan ke Balai Trafik di Jalan Omar di sini.

“Ramai orang tempatan mengadu di kawasan kejadian yang terdapat pokok sawit dan berlurah itu babi hutan kerap melintas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu berlaku kira-kira 8.30 malam di Kilometer 43, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi antara kawasan Felda Air Tawar 5 dan Felda Semencu di sini.

Beliau berkata,
suami mangsa, Muslim Drany, 39, mengalami kecederaan dan menerima jahitan di dahi manakala lima anaknya berusia antara enam hingga 14 tahun cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar, manakala anak keempat mangsa yang berusia lapan tahun dimasukkan ke wad pediatrik kerana cedera di kaki kiri, tetapi mangsa dibenarkan pulang semalam.

Jenazah Razimah dituntut ahli keluarganya jam 10 pagi semalam selepas urusan bedah siasat di HKT sebelum dikebumikan di Felda Semencu.


Artikel nie di ambil dalam Harian Metro, 20 Januari 2009. Sebenarnya, Allahyarham Razimah adalah sepupu saya. Dia telah meninggal dunia pada hari Ahad lepas,18 hb.

Ari Ahad malam tue, mase tu tgh tgk Juara Lagu... dpt call dari mak. Dengar suara mcm de benda tak kena. Ntah la waktu tu cuma takut2 de benda buruk berlaku kat dlm keluarga...
Ya Allah... kak Zai(sepupu)& family accident..

Biasanye, kalo pggl arwah.. pggl kak Zai je, dia agak baik dengan keluarga. Mmg tak sangka, selama nie salu nmpk dia lyn karenah ank2 dia, kalo ari raya tu dtg je umah mak die, Kak Zai sekelurga mmg dah ade kat c2, kumpul ramai2 dgn adik- beradik yg len . Pastu dia salu singgah kat umah sbb umah saya nie t'letak kat jalan pegi balik umah die. So, mmg la salu singgah, sembahyang, jumpa mak ngan ayah.Saya hormat kat dia dah mcm akak sendiri, lgpon akak pon mmg baik dgn arwah sejak kecik lagi.

Allah mgkin lebih sygkannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Allah menempatkan dia dikalangan org2 yg beriman....Amin.

Friday, January 16, 2009

Auto Show- Cantik ke???

Mungkin dah agak lama saya tinggalkan blog nie, tak de cite yang menarik mungkin berlaku dalam hidup nie untuk ditulis dan sedikit sibuk sebab awal2 tahun nie sem.2 dah bermula..Rasa rindu jugak untuk menulis w'laupun tahu bukannya ramai pelawat kat blog nie..Hehe..

Ok lah..Sehari sblom gi mawi kahwin, ada gi auto show, apa tu??? mula- mula dulu tak tahu langsung pasal benda alah nie.Sekarang tahu ckit2 pun sebab abang yang minat gaban pasal auto show nie. Auto Show ni kirenya pameran kereta yang dah diubahsuai lah,ceh mcm tau je.

Aritue auto show wat kat Kulai, kat sebelah Mc D. Siap ada pertandingan model2 lagi tapi kebanyakan nya orang cina la yang masok pertandingan nie, ntah pe2 je. Sexy sgt.. pastu t'perasan pulak de melayu yang masok. Lagi sexy mengalahkan amoi2 pulak. Hish.xtau la.
Pe2 je la... lagipon dtg situ bukan nak tgk model2 tu pon.

Mcm2 ubahsuai dorang wat kat kereta dorang .. Kat bonet kereta mmg speaker sume besar2 pastu mcm futuristik la pulak... Pastu tak cukup dgn tu, de pulak tampal LV kat kereta, dah la kereta nya colour hitam..Lawa, smart je nmpak mcm kereta VIP.Tgk la picturenya... Abg yang amik gmbr kereta2 tu. Dia kata dia pon nak masok .. hehe.. yeke???

Cuaca mse tu punye lah panas terik.. Mmg x tahan, tgk sekejap je la jwb nya.. Balik la taib andak sbb mmg stay situ untk 1-2 ari.Tp abg still nak dtg lagi mlmnya sebab de pe ntah.. X tau nme nye pe.. yg pnting competition pasal kereta jgk. Yang bukak speaker kuat2 mcm bunyi bom meletop tu..X tau la...Ntah..